Wednesday 13 March 2013



Apa yang kita faham mengenai konsep pengurusan bilik darjah?



Kebolehan guru mengawal murid-murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian menunjukkan pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Hal ini sememangnya jelas kerana murid tidak boleh belajar dalam keadaan yang tidak teratur. Pengurusan bilik darjah juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses p & p serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah juga boleh ditakrifkan sebagai:
  • strategi-strategi yang menjamin keselamatan fizikal dan psikologikal murid-murid 
  • teknik-teknik yang digunakan oleh guru dan memupuk disiplin kendiri 
  • kaedah-kaedah tertentu bagi memastikan ansur maju pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan lancar.
  • teknik-teknik pengajaran yang memberikan sumbangan kepada tingkah laku positif murid-murid
Brophy dan Evertson (1976)
  • dapat menentukan kejayaan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Doyle (1979)
  • proses menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan bilik darjah
McCaslin dan Good (1992)
  • Merangkumi lebih daripada kepatuhan peraturan-peraturan bilik darjah
Sanford, Emmer dan Clements (1983)
  • Meliputi semua perkara yang harus dilakukan oleh guru untuk memupuk penglibatan murid

3 comments:

  1. Ringkas dan padat. Good info. Do follow our blog jugak yek. =)
    http://epicteachers.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. As salam...nota yang ringkas dn mengambil pendapat tokoh2 dlm pengurusan bilik darjah...simple n cool..good job :)

    ReplyDelete