AKTIVITI P&P


SUMPIT KATA 

TUJUAN : Untuk mengingat semula pembelajaran yang telah
                   dipelajari
JUMLAH PEMAIN  : 5-20 orang (individu)
BAHAN                      : kotak dan kad perkataan 

LANGKAH PELAKSANAAN

1) Simpan satu kotak di dalam kelas. Setiap perkataan yang baru diperkenalkan perlu disimpan di dalam kotak tersebut selama seminggu.
2) pada akhir minggu, guru memberikan kotak tersebut kepada seorang murid untuk memilih salah satu kad di dalamnya.
3) murid tersebut diberi masa 5 minit untuk menjelaskan perkataan tersebut kepada seisi kelas. 
4) jika murid tersebut dapat menjawab dengan betul, dia mendapat satu mata tetapi jika salah dia boleh memilih kad lain. 
5) mata akan dikurangkan sekiranya murid tersebut tidak dapat menjawab sebanyak tiga kali 
6) aktiviti ini diulangi kepada murid yang lain pula. 

KEBAIKAN AKTIVITI :


1) melatih murid untuk mengingat pembelajaran yang lepas.
2) meningkatkan keyakinan murid.
3) murid terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
4) memberikan semangat kepada murid untuk belajar.
5) membolehkan murid berfikir secara pantas. 



TENG TENG NOMBOR

Tujuan : Untuk memilih nombor soalan yang perlu mereka 
                jawab.
Pemain : 1-5 orang (satu kumpulan)
Bahan : kad nombor, kotak, kertas soalan, buah dadu 

LANGKAH PELAKSANAAN

1) Guru perlu menyediakan kad nombor (menggunakan kad manila) yang besar untuk dibuat seperti permainan ting ting.





2) setiap kumpulan perlu membaling buah dadu sebagai undian untuk menentukan kumpulan mana yang boleh memulakan permainan dahulu. Jumlah balingan dadu paling banyak dapat memulakan permainan terlebih dahulu.



3) Wakil dari setiap kumpulan ditugaskan untuk membaling buah dadu untuk menentukan bilangan nombor yang perlu dituju oleh ahli kumpulannya. Seorang murid lagi ditugaskan untuk melompat di atas permainan ting ting itu. 3 orang selebihnya ditugaskan untuk berbincang dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru 
berdasarkan nombor soalan tersebut.

4) Contohnya, apabila balingan buah dadu menunjukkan bilangan 4, maka murid tersebut perlu melompat ke kotak nombor 4. Kemudian, guru membaca soalan untuk ahli kumpulan tersebut.

4) Kumpulan yang gagal menjawab soalan, tidak dibenarkan untuk membaling buah dadu sehingga pusingan pertama selesai, manakala kumpulan yang berjaya menjawab soalan dapat meneruskan perjalanan sehingga  ke kotak nombor 9.

5) Kumpulan yang paling awal tiba di kotak nombor 9, merupakan pemenang bagi permainan ini.

KEBAIKAN AKTIVITI
1) Melatih murid-murid untuk bergiat secara aktif dalam aktiviti
    kelas.
2) Melatih murid-murid untuk bersungguh-sungguh menjawab 
    soalan yang diberikan oleh guru.
3) dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dalam diri murid-
    murid (jumlah balingan buah dadu menggalakkan murid-murid 
    untuk mengira)
4) Menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara pantas 
5) Mewujudkan suasana yang gembira ketika p&p.
6) Dapat mengetahui tahap kefahaman setiap murid-murid
    mengenai tajuk pembelajaran yang diajar.





POKOK SAHSIAH

Tujuan : Memupuk akhlak yang baik dalam diri murid-murid.
Bahan : Pokok, kad nama, soletip


Pokok sahsiah


kad nama 

LANGKAH PELAKSANAAN

1) Aktiviti ini dijalankan pada sepanjang waktu persekolahan.
2) Kad nama disediakan kepada semua murid di dalam kelas
     tersebut. 
3) Guru menerangkan kepada murid-murid cara menggunakan
     pokok tersebut. 
4) murid-murid yang menunjukkan akhlak yang baik, kad namanya
    akan ditampal di bahagian paling atas pokok, manakala murid 
    yang menunjukkan akhlak yang buruk, kad namanya akan 
    diletakkan di bahagian bawah pokok. 
5) semua guru yang mengajar di dalam kelas tersebut memainkan 
    peranan iaitu memerhati tingkah laku murid-murid.
6) kad nama akan sentiasa berubah mengikut tingkah laku yang
    ditunjukkan murid. 
7) Di akhir pengajaran, guru memberi nasihat untuk menunjukkan 
    tingkah laku yang baik sekiranya ingin kad namanya berada di
    bahagian atas pokok. 
8) Guru memberi pujian kepada murid yang kad namanya berada di
    bahagian paling atas pokok dan memberi dorongan kepada
    murid yang kad namanya berada di bawah. 



contoh penggunaan pokok sahsiah 

KEBAIKAN AKTIVITI 
1) Dapat mendidik murid menunjukkan tingkah laku yang baik
    sepanjang masa
2) Murid dapat membezakan tingkah laku yang baik dan buruk.
3) Murid akan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan tingkah 
    laku yang baik

6 comments:

  1. yes...bagus aktivit...terutama yang ting-ting....memang sesuai benar dengan jiwa murid-murid... aktiviti 1 tu sy xpernah try, tp nampak bagus.... boleh diinovasikan lagi...
    aktiviti 3 tu ada gaya model Disiplin asertif Canter... selain dari letak daun-daun tu, cg terus bimbing murid-murid biar dapat tempat paling tinggi...syabas..........

    ReplyDelete
  2. aktiviti yg menarik.. murid terlibat secara aktif.. good job u guys..

    ReplyDelete
  3. good idea...teruskan usaha dgn idea yg baru ... good luck!

    ReplyDelete
  4. idea baru yang bernas dan kreatif...good student come from a good teacher..

    ReplyDelete
  5. nice idea to teach the student.

    ReplyDelete