Wednesday 20 March 2013



Ada 6 tips yang kami mahu kongsikan di sini untuk merealisasikan impian korang nak jadi guru cemerlang a.k.a duit banyak.. hehe


    Pertama, kita cikgu-cikgu ni mestila kena tahu atau menguasai sepenuhnya ilmu bagi subjek yang diamanahkan oleh pihak pentadbir sekolah kita. Kalau korang Guru Siswazah gred DG41, DG44, DG48 beropsyen Matematik , bagus sangatlah jika ilmu anda meliputi subjek-subjek Matematik UPSR, PMR, Matematik SPM dan Matematik Tambahan SPM. Tidak salah kalau korang nak cuba-cuba belajar skop matematik di peringkat matrikulasi KPTM. Guru cemerlang memang berminat mengetahui benda-benda yang terbaru dan skill mengajar terbaru seperti ICT. Terokailah. Gunakan google dan youtube dari komputer anda/ sekolah anda



Cikgu mesti kena tahu style belajar murid-muridnya zaman la ni. Ada pelajar aktif, pasif, visual, textual, 3D, kolaboratif, sifat berjenaka dan suka pada kerja berkumpulan-Problem Based Learning. Oleh kerana itu, korang cikgu-cikgu nih kena la pandai menggunakan selera murid- murid dalam menyampaikan ilmu dari subjek kegemaran anda. Mengikut findings dari kajian kedoktoran falsafah Teong (2000) dari Singapura, pelajar-pelajar lemah lebih berminat dengan sumber matematik bersifatkan visual dari textual( fakta) semata-mata.

Contoh Laman Sesawang yang ada game mathematic nih :




Cikgu-cikgu jangan terlampau stress sangat la. Baguslah jika berperwatakan relax sedikit. Bila kita relax, pelajar-pelajar pun relax untuk belajar dan bertanya sesuatu. Guru yang mana membawa muka yang masam dan wajah mencuka sepanjang hari - tidak akan dilayani oleh pelajar-pelajarnya dengan soalan-soalan, jawapan-jawapan yang penuh spontan yang mana ini mengambarkan environment bilik darjah anda adalah sebuah bilik darjah yang kondusif. Lagi pun jika anda terlampau stress sekali pun, saya percaya, anda bukan seorang Pengetua Sekolah Bestari pun. Betul tak jangkaan saya ini? He..he.. relax. brother. bagaimana mengelak stress? Libatkan diri dengan aktiviti luar bilik darjah seperti mendaki bukit bukau (explore biology ) atau bermain bola sepak dengan murid-murid di padang sekolah di waktu petang. Dengan cara ini kita membina rapport yang baik antara pelajar dengan diri kita sendiri. 
          
     

tanda buku latihan murid-murid korang sendiri. Selepas menanda, serahkan kembali buku mereka. Dengan cara ini kita akan mendapat penghormatan dari murid-murid kita sendiri. Kita juga hendaklah bersikap strict tetapi adil. Strict dengan pemarkahan dan adil memberi denda kepada semua pelajar tanpa mengira sosio-ekonomi mereka. Jika seorang pelajar didenda berdiri di atas bangku selama 10 minit jika dia terlupa membawa buku teks matematik, maka semua mereka yang lupa .. di beri dendaan yang sama/serupa. Jangan pelajar lelaki kena berdiri di atas meja, sedangkan pelajar perempuan berdiri di tepi bangku mereka jer. Ini sudah menunjukkan dengan jelas ..bahawa anda tidak berlaku adil.


Buat persiapan mengajar dengan rapi. Semua pelajar tahu kita rapi atau tidak dalam aspek persediaan mengajar ini. Oleh yang demikian , pandai-pandailah tuan/puan membawa diri dalam dunia sekolah semoga rezeki kita halal dan diberkati oleh Allah 
                        

Pemakaian kita hendaklah bersederhana. Pakai tali-leher berwarna merah menyala jika matematik dan berwarna hijau muda jika mengajar geografi/sejarah. Hijau adalah sesuai untuk warna bentuk muka-bumi. Merah = tepat/ betul/ sekali buat problem maths mesti betul punya. Lagi pun, guru matematik selalu membeli pen warna merah. Sebagai tanda kita suka menanda buku mereka. Betul/ salah.


SELAMAT MENCUBA! JOM KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN PENUH KEYAKINAN!


No comments:

Post a Comment