PENGALAMAN PBS



17 MAC 2013 : Perjalanan dari teratak kami mengambil masa kira-kira 15 minit (menggunakan kenderaan 2 kaki kami) seperti rombongan orang kahwin, kami akan melalui beberapa rumah kampung untuk ke sekolah Kebangsaan Besut 2.



        Tepat jam 7 pagi (semangat hari pertama) kami tiba di sekolah tersebut dan terus menuju ke pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri sebagai guru pelatih yang akan berpbs di situ selama 1 minggu. Oleh kerana kami adalah guru pelatih yang cemerlang (bajet lebih), ketibaan kami di sekolah pada hari ini terlalu awal sehinggakan kami terpaksa menunggu hampir setengah jam kedatangan guru besar sekolah tersebut. kami dibenarkan untuk masuk ke pejabat di ruang menunggu untuk menunggu Guru Besar.





        Setelah penat kamera mengambil gambar kami, Guru Besar pun tiba dan menyambut kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Namun begitu, beliau tidak sempat berbual panjang dengan kami, kerana beliau sibuk dengan majlis pada hari itu iaitu mesyuarat PIBG yang akan berlangsung pada jam 8 pagi.
Guru Besar yang busy

        Kami mengerti tugasan beliau. Beliau juga telah memberikan kami tempat untuk kami selesa berada di sekolah tersebut. Kami juga telah diberikan tugasan untuk mengawal murid-murid sepanjang mesyuarat PIBG itu berlangsung. Saya (Yana) ditugaskan untuk menjaga kelas Tahun 6 al-farabi manakala Dila ditugaskan untuk menjaga murid tahap 1 di surau. Kami membawa murid-murid kami masuk ke kelas secara teratur.


        Di kelas tahun 6, saya telah membuat beberapa aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan mereka di dalam kelas tersebut. oleh kerana pada esok hari, mereka akan menduduki ujian transformasi, saya meminta mereka semua untuk membaca buku dan bertanya apa sahaja jika tidak faham. namun, selepas satu jam setengah, mereka minta untuk bermain, jadi, saya benarkan. saya juga turut bersama mereka bermain dam ular. hehe

semua nak tunjuk kehebatan
nset samsung jadi perhatian 
Dalam sibuk menjaga mereka, saya sempat merakam beberapa keping gambar perjalanan mesyuarat PIBG yang berlangsung pada hari tersebut. 






        Selepas bermain dam ular, saya sempat mengajak mereka untuk bermain sambil belajar. Saya memberikan mereka peluang untuk bermain game yang saya lakukan sendiri yang saya namakan MARIO HEBAT untuk saya melihat reaksi mereka terhadap game ciptaan saya itu. Alhamdulillah, mereka sangat suka dengan game saya itu.

sungguh-sungguh mereka main
semua nak mencuba nasib
        Saya juga ada membuat aktiviti di dalam kelas yang saya namakan "susah dahulu, senang kemudian". permainan ini memerlukan mereka untuk melukis garisan menggunakan kapur tulis di dalam gambar yang saya lakar tanpa menyentuh sedikit pun garisan yang saya lakarkan. Apabila sudah selesai, mereka perlu mengeja perkataan yang saya minta. 

game "susah dahulu, senang kemudian"


       Daripada permainan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa  walaupun mereka tahun 6, namun, mereka masih lemah dalam sistem ejaan bahasa melayu. kebanyakan mereka masih ragu-ragu dengan perkataan bahasa melayu seperti diskriminasi dan provokasi. kedua-dua perkataan itu, mereka gagal untuk mengeja dengan betul
bersama utajah ida

tekun mereka melukis

utajah ira tolong warna







Kemudian, saya ke surau untuk menjaga murid-murid tahap 1 bersama rakan-rakan saya yang lain, di surau, saya melihat kesemua murid tahap 1 sedang melukis dan mewarna lukisan masing-masing. tenang saya melihat mereka

          Sesi persekolah tamat tepat jam 1 petang. kami guru pelatih dijemput untuk turut serta dalam jamuan yang disediakan khas untuk mesyuarat PIBG yang berlangsung tadi. setelah menjamu selera, kami pulang ke teratak kami dengan menggunakan kenderaan 2 kaki kami.



18 MAC 2013 : Pada hari kedua ini, kami tidak sempat bergambar kerana sibuk dengan jadual yang baru kami dapat iaitu jadual untuk menjaga kelas-kelas yang sedang menghadapi ujian Transformasi dan kami juga mendapat tugasan untuk menghias library bagi Story Telling Competition Kuala Besut Zone. 
Kehadiran kami pada awal pagi, kami disuruh oleh guru untuk duduk di library sementara menunggu waktu kami masuk kelas masing-masing. 
Saya (Yana) akan ke kelas 2 al-Baihaqi (2B) pada jam 10.15 pagi hingga jam 11.30 pagi bagi subjek Bahasa Malaysia kertas 2. Kemudian, jam 11.45 pagi- 12.45 pagi, ke kelas 2 al-Razi (2R) bagi subjek Matematik kertas 2. 
cantik tulisan di papan hitam.. heee


tulisan masih sama bulat-bulat




 Dila pula ditugaskan untuk menjaga kelas 2B seawal jam 8.15 pagi bagi subjek Bahasa Malaysia kertas 1. Nasib Dila sungguh baik. Hari pertama masuk kelas, dia hanya mendapat satu kelas pada hari tersebut. Namun saya, terpaksa menjaga 2 kelas. walaubagaimanapun pengalaman yang indah ini tidak mungkin saya lupakan. 


Kenangan kami sepanjang mengendalikan kelas secara berseorangan ini sungguh seronok dan ada kalanya, stress, geram dan banyak lagi. walaupun pada hari tersebut berlangsungnya peperiksaan, namun mereka tidak lagi mengerti maksud sebenar peperiksaan. berjalan, berlari, melompat dan ada juga yang ingin keluar tingkap dan terjun bangunan. kesabaran yang tinggi amat diperlukan pada waktu sebegini. apabila tahap kesabaran saya sudah memuncak, saya menarik salah seorang murid kelas 2B yang mahu mengeluarkan dirinya dari tingkap itu ke depan kelas. saya menarik cuping telinganya kerana sikapnya yang sudah tidak dapat dikawal. Masih saya ingat nama murid tersebut iaitu SaifulAzhar, bukan sahaja tidak membawa peralatan menulis, namun dia juga membuatkan kelas tersebut huru hara. tapi dia memiliki satu kelebihan yang saya kagumi. Minatnya kepada melukis membuatkan saya teruja dengan dirinya. selesai sahaja menjawab soalan-soalan tersebut, saya mengarahkan mereka untuk melukis di belakang kertas peperiksaan untuk mengelakkan mereka membuat bising. murid yang paling excited untuk melukis adalah saiful azhar. Gembira saya melihat dirinya. dan apabila saya memberikannya pujian terhadap lukisannya, dia berasa bangga dan cuba melukis lagi dan memenuhkan lukisan di atas kertasnya. 

Ke kelas 2 al-Razi untuk menjaga peperiksaan bagi subjek matematik, kelas 2 al-Razi adalah kelas pertama dari 3 kelas yang berada pada tahun tersebut. Murid-muridnya memang saya tak nafikan agak bijak dan mendengar kata namun ketika menjaga kelas mereka, saya tetap menghadapi masalah yang sama. Saya perlu menahan diri saya daripada marah yang melampau. Oleh kerana mereka bijak-bijak belaka, mereka mahu jawapan mereka semuanya betul dan itulah yang membuatkan saya stress, sehinggakan saya meninggikan suara saya sedikit kepada mereka untuk duduk di tempat masing-masing ketika peperiksaan sedang dijalankan. mereka sentiasa ke meja saya untuk bertanyakan betul atau tidak jawapan mereka. tidak kurang juga yang sentiasa ke hadapan untuk bertanyakan soalan yang mereka tidak faham. bukan sekali dua, namun setiap jawapan pada soalan tersebut ditanya berulang kali oleh murid yang sama. membuatkan saya rasa bengang dan cuba menahan diri untuk bersabar. Dalam  fikiran saya, pasti mudah menjaga kelas murid bijak, namun fikiran saya salah, sebenarnya sangat susah menjaganya kerana mereka inginkan yang terbaik dalam ujian tersebut.

Selesai menjaga kelas-kelas tersebut, saya ke perpustakaan untuk menunggu waktu pulang, di perpustakaan, kami menyiapkan pentas untuk Story Telling Competition Kuala Besut Zone yang akan berlangsung pada khamis ini. 



Tepat jam 1.45 petang, kami pulang ke teratak kami dan sedia untuk berkhidmat sebagai guru semula pada keesokan hari. 





19 MAC 2013 : Hari ketiga kami berpbs di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut , Hari ini, kami sempat merakam beberapa keping gambar untuk dimasukkan ke dalam laporan PBS, setibanya di sekolah tersebut seawal 7.15 pagi, kami terus mengambil gambar bangunan sekolah bersama rakan pbs kami dr IPG Perlis, Shahira dan Aliya. 
kami di hadapan bangunan sekolah besut 2

Aliya & Shahira dari IPG Perlis



No comments:

Post a Comment