Wednesday 20 March 2013



PENGENALAN

Pada pandangan anda, aspek manakah paling mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah? Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif?


Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa


Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.
• Strategi Umum
• Prosedur dan peraturan
• Kerjasama murid


1. Strategi umum - Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

• Strategi Autoritatif
   i. Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping
      menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan
      perlakuan.
• Mengurus kumpulan
   i. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
  ii. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan
      tindih.
 iii. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
 iv. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.


2. Prosedur peraturan
• Rutin pentadbiran
• Pergerakan murid keluar masuk kelas
• Pengurusan bilik darjah
• Rutin pengajaran dan pembelajaran
• Interaksi antara guru dan murid


3. Kerjasama murid
• Membina hubungan positif dengan murid.
• Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
• Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai. 


No comments:

Post a Comment