PERATURAN BILIK DARJAH

KEHADIRAN
  • Semua pelajar dikehendaki menghadirkan diri dalam kelas semasa pengajian semester. Guru kelas akan menentukan kehadiran pelajarnya dengan mengambil kedatangan mereka.
  • Jika mereka tidak sihat hendaklah menghubungi pihak sekolah untuk disampaikan kepada guru darjah.

  • Sekiranya mereka tidak menghadirkan diri selama tiga hingga tujuh hari tanpa sebab yang munasabah, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka. 
  • Apabila mereka menghadirkan diri semula ke sekolah, mereka mesti membawa surat keterangan daripada ibu bapa atau penjaga atau surat akuan sakit daripada pegawai perubatan.


KESIHATAN 




  • Pelajar yang jatuh sakit secara tiba-tiba berlaku dalam kelas. Mereka mungkin sakit perut, demam, sakit gigi, dan sebagainya.


    • Dalam hubungan ini hendaklah melaporkan perkara itu kepada guru kelas. Ia akan melaporkan hal itu kepada penolong kanan hal ehwal murid atau guru bertugas harian.
    • Mereka hendaklah menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar. Bagi penyakit yang serius, pelajar hendaklah dihantar ke klinik atau hospital dengan serta merta. 
    PERSEKITARAN BILIK DARJAH


    1. Para pelajar diduga untuk membantu guru mewujud dan menggalakkan persekitaran belajar yang sesuai di dalam kelas.
    2. Suasana belajar yang sesuai akan mewujudkan motivasi di kalangan para pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik mereka.
    MEMBUAT BISING
    1. Jangan membuat bising semasa ketiadaan guru atau waktu pertukaran antara mata pelajaran. Perbuatan ini akan mengganggu perjalanan pelajaran pelajar-pelajar kelas-kelas lain dan rakan-rakan mereka di dalam darjah yang sama.
    2. Pada masa ketiadaan guru, ketua darjah boleh diberi kuasa untuk mengawal dan mengawasi kelas dan ia perlu mengambil tindakan mengikut arahan guru kelas.
    3. Ketua kelas boleh mengambil nama murid yang telah diberi amaran dan nama mereka diserahkan kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya. 
    4. Dengan ketiadaan guru dalam kelas, murid-murid dinasihatkan membuat kerja sendiri dengan mengulang kaji pelajaran atau membuat kerja-kerja latihan dan rampaian yang ditugaskan oleh guru mereka. 
    PERHATIAN 


    1. Mereka hendaklah menumpukan segala perhatian terhadap pengajaran guru terutama sekali ketika guru sedang mengajar atau memberi keterangan dan penjelasan di dalam kelas. Ini akan memudahkan murid-murid untuk mengikuti bahan pengajaran dan memudahkan membuat latihan yang ditugaskan oleh guru mereka. 
    BERGADUH
    1. Murid yang didapati bergaduh disebabkan oleh menggangu, mengejek dan mengusik murid-murid lain akan diambil tindakan disiplin.
    2. Mereka boleh dijatuhkan hukuman, denda dan digantung daripada persekolahan bagi tempoh waktu yang tertentu.
    BERSIKAP LEMAH LEMBUT
    1. Mereka hendaklah bersikap lemah lembut dan bersopan santun antara satu sama lain.
    2. Murid-murid mesti menghormati guru-guru mereka dan mereka dilarang melawan dan bersikap kasar terhadap guru, degil, makan dan tidur di dalam bilik darjah.
    MASUK KELAS LEWAT


    1. Mereka mesti masuk ke kelas tepat pada masanya. Sebelum memasuki kelas waktu pertama, mereka perlu beratur di hadapan kelas masing-masing dan memasuki kelas secara teratur.
    2. Mereka yang memasuki kelas semasa pertukaran kelas hendaklah mengamalkan ketepatan masa. 
    MEROSAKKAN HARTA BENDA


    1. Tindakan disiplin yang tegas akan diambil terhadap murid yang merosakkan harta benda sekolah seperti memecahkan cermin tingkap, kerusi, meja dan sebagainya.
    2. Mereka yang didapati bersalah akan terpaksa menggantikan harta benda yang rosak itu dan perkara ini akan diadukan kepada ibu bapa atau penjaga mereka.
    3. Bagi mereka yang menconteng meja tulis, melukis berbagai-bagai reka bentuk di dinding kelas akan diambil tindakan tegas terhadap mereka. 
    BUKU TEKS 
    1. Pelajar mesti sentiasa bersedia dengan buku-buku teks mereka dan ketiadaan buku-buku itu akan menjejaskan prestasi mereka dalam bidang pelajaran.

    MENJAWAB SOALAN 
    1. Perkara ini sering berlaku dalam bilik darjah yang mana pelajar suka berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru mereka dalam kelas.
    2. Untuk menjaga perjalanan pengajaran guru berjalan secara teratur dan berkesan, para pelajar hendaklah menjawab soalan secara individu dengan mengangkat tangan dan mengutamakan pelajar yang terlebih dahulu.
    3. Pelajar adalah diduga untuk mengambil bahagian secara aktif dan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 






    3 comments:

    1. assalamualaikum..
      cantiknye teratak cikgu diya... :P
      Aktiviti mane??
      Tak sabar nk comment niiiii~

      ReplyDelete
    2. ampa buh highlight ungu...xnmpk la tjuk..huhu

      ReplyDelete
    3. murabbi daie : aktivit tunggu sat na.. nk wat kebaboomm punyer.. hehe
      the humble : tq komen.. kami perbaiki k.. jgn lupa follow!

      ReplyDelete